Ori Steambot Jitra
Friday, March 16, 2012
Thursday, March 15, 2012
Flat Usang Berubah Wajah
Flat Usang Berubah Wajah
salman@hmetro.com.my
PASIR GUDANG: “Kami sayang flat kami.” Itu ungkapan menggambarkan kegembiraan 5,000 penduduk flat Blok 32 dan Blok 33, Taman Cendana di sini, selepas bangunan uzur berusia lebih 12 tahun itu dibaik pulih dan berwajah baru.
Sebelum itu, hampir semua sembilan blok flat berkenaan kelihatan daif dengan catnya mula pudar selain kerosakan pada besi penghadang tangga dan koridor hingga membahayakan penduduk terutama kanak-kanak.
Selain itu, saluran kumbahan dari tingkat atas bangunan bocor dan pecah menyebabkan penduduk hidup tidak selesa.
Pengerusi Blok 33, Ridzuan Muntok berkata, hasil lawatan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada April tahun lalu, kerajaan negeri dengan kerjasama Johor Land dan Akademi Binaan Malaysia (ABM) bersetuju membaik pulih bangunan itu dengan segera.
Menurutnya, proses baik pulih bermula November tahun lalu dan hampir selesai membabitkan kerja mengecat semula bangunan, membaiki saluran kumbahan serta menggantikan pagar keselamatan di koridor.
“Sejak mula diduduki pada 1999, ini kali pertama flat kami dibaik pulih sekali gus memberikan semangat baru kepada penduduk untuk terus tinggal di sini.
“Sebelum ini, penduduk sering mengadakan gotong- royong, tetapi hanya membabitkan kerja membersihkan kawasan sekitar dan bukan struktur bangunan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Blok 32, Sharip Idris berkata, penduduk flat berkenaan diharap menghargai usaha kerajaan dan terus bersama menjaga kebersihan.
Menurutnya, pihaknya berharap kegiatan vandalisme yang pernah berlaku hingga merosakkan kemudahan di flat itu tidak lagi berulang.
“Terima kasih kepada kerajaan kerana mengeluarkan belanja besar membaik pulih flat kami, lebih menggembirakan apabila ia milik persendirian dan hampir separuh pinjaman rumah dibayar pembelinya.
“Proses baik pulih juga berjalan lancar dan hanya mengambil masa beberapa bulan. Bagi menambah keceriaan penduduk, warna cat baru juga dipilih sendiri oleh penduduk,” katanya.
Tuesday, March 13, 2012
Cerita Lucu : Panggilan Sayang Untuk Isteri
Kamal diundang kawannya makan malam. Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku... Kasihku... dan seumpamanya. Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dengan kata-kata itu."
Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."
Cerita Lucu : Sudu
Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)
Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.
Pak Pandir : Terima kasih.
Seminggu kemudian…..
Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?
Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…)
Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?
Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….
Doktor : Kenapa dengan sudu?
Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor!
Doktor :Haahh ???????
Monday, March 12, 2012
Makanan Kegemaran Rasululah S.A.W
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)
SUMBER: Kami Peminat Ustaz Mohd Kazim Elias