Petanda Anda Patut Berhenti Facebook
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, mesti sekarang ramai yang dok ketagih dengah internet ni, terutamanya dalam laman sosial facebook, kalau tak buka facebook satu hari boleh migrain agaknya, haha..
Tapi ramai tak tahu petanda anda patut berhenti facebook ni.. ya, anda sememangnya patut berhenti bermain Facebook sekiranya anda mempunyai salah dua daripada salah satu petanda ini. Lebih gila, anda yang mempunyai KESEMUA simptom- simptom tersebut. Mungkin mark zuckerberg patut jadikan anda bisnes partnernya.
1) Marah sekiranya terdapat perubahan pada Facebook
- Ada satu ketika tu, Facebook banyak kali wat perubahan. Timeline la, limit add friend la, chatbox bertukar- tukar la, sampai tak sedar ada dikalangan kita yang maki- maki, keluarkan perkataan tak elok, sampai ada yang ugut nak tutup facebook (padahal smpai skg dok guna lagi, silap- silap ada 3 4 akaun).
2) Selalu komen FIRST
- Tak taulah dari mana fenomena komen FIRST ni datang. Ada yang cakap mereka ni kurang kasih sayang dan perlukan perhatian. Andai anda tergolong dalam kumpulan ini, keluarlah ke dunia nyata mencari rakan- rakan sebaya dan buatlah aktiviti berfaedah dari menunggu penampar dari kawan- kawan sebab annoying dengan komen anda.
3) Check-in setiap tempat
- Memanglah Facebook bagi kemudahan nak check-in tapi untuk kita berkongsi tempat- tempat menarik dan bermanfaat untuk semua. Ini kat umah pun nk check in, atas katil pun sama, tgk tv kat umah pun nak check in, beli barang kat kedai runcit Pak Harun kat pekan pun nak check in. Serius weh, no one care.
4) Ambil gambar muka sendiri
- Serius, tak rasa bersalah ke amik gambar muka sendiri depan webcam, depan cermin tandas pastu buat DP atau Profile Picture? Kalau anda seorang yang berkeyakinan tinggi pun, tolonglah keluar jenjalan kat luar, ajak kawan- kawan hang-out. Then, snap lah gambar- gambar yang menarik sikit untuk dibuat DP. Untung-untung seronok keluar dgn kawan anda dapat, memori- memori sweet pun anda dapat bersama rakan. Tolonglah!!!!
5) Kerap chat, wall to wall dan inbox dgn kawan baik
- Kawan Baik atau dalam istilah lain adalah seseorang yang rapat, kerap melakukan aktiviti bersama, kongsi susah senang suka duka dan ia dilakukan di DUNIA NYATA. Sekiranya anda nak keluar makan pun kena tulis kat wall kawan, nak pinjam sesuatu pun nak kena chatting, nak cakap rindu kat kawan pun kena ber wall to wall, padahal kawan stay beberapa blok ja dari umah anda atau sekelas, anda bakal menghadapi masalah besar!

6) Lupa tarikh penting, besday kawan
- Ingat tak dulu- dulu kalau kita tandakan kat kalendar bila besday kawan kita, tarikh- tarikh penting, atau apa- apa event yang penting. Sweet kan memori tu? Tapi sekarang dunia sudah berubah di mana semuanya guna Facebook ja. Tak taulah samada anda sememangnya popular atau tak ingat tarikh besday mak sendiri. Ye la, mak kan xda Facebook. Caittttt..!!!!!
7) Berlumba tambah rakan
- Jumlah kawan di Facebook tidak menunjukkan itu adalah yang benar di dunia sebenar. Kalau anda didapati bersedih dan tertekan disebabkan jiran sebelah rumah mempunyai kawan beribu dari anda di Facebook, jauhkanlah diri anda dari Facebook dan keluarlah mencari kawan- kawan di dunia sebenar.

8) Berhutang sebab game dalam Facebook
- Poker Zynga, Famville dan Mafia Wars atau sekiranya anda merupakan salah seorang yang ketagih main salah satu game yang terdapat dalam Facebook, di samping menyemakkan News Feeds kawan- kawan dalam Facebook yang mengatakan anda baru beli lembu, kambing, rampas kawasan jajahan geng- geng lain itu sememangnya dah teruk. Lagi teruk, duit simpanan dalam akaun anda telah susut atau anda sanggup berhutang dengan keluarga atau rakan- rakan semata- mata nak kekalkan level anda dalam game tersebut. Anda patut berhenti. Ini serius!

9) Update status dalam tandas
- Sampai nak memerut pun nak bagitau kat satu dunia ke yang anda sedang tuuuutttdalam tandas. Letak la henset tu dulu kat bawah. Tak pun simpan la dalam beg atau kocek dulu. Selesaikan dulu apa yang patut. Bila perkara yang tak sepatutnya di ceritakan kepada umum tetapi anda menganggap itu perkara biasa, itu memang masalah. Tapi sekiranya dalam tandas ada disediakan PC semata- mata untuk anda berfacebook, anda didapati TIDAK BERSALAH. Hehehe.

10) Update status banyak kali
- Kadangkala saat indah, manis, lawak dan sedih sememangnya tak salah share dengan kawan- kawan di facebook. Tapi kalau dalam sehari anda update status setiap jam, mungkin setiap dua minit asyik- asyik update yang anda “ Sedang berjalan“, “Makan bersama……“, “Minum air jap“, “bosan“, “tgk tv, tv tgk aku” atau apa yang seangkatannya, sedarlah yang kawan- kawan dah meluat dengan anda. Silap haribulan, anda masih dalam friendlist mereka dalam Facebook, tapi mereka dah unsubscribe segalanya tentang anda jadi anda tak termasuk la dalam news feed mereka. Tak mustahil kadang- kadang anda tertanya, “Eh, aku dah update kat FB aritu, tak baca ek? Ni mesti u tak like status i kan“. Kawan pun “ Ye ke, lupalah, sori:p“. Sendiri mau ingatlah ye:)

P/s: Jadi kepada anda-anda yang ada 2 atau 3 atau semua tanda-tanda seperti yang dinyatakan di atas? haa, anda memang kena berhenti sekejap bermain facebook dan jalani hidup dengan tenang di alam nyata, tak kan nak facebook je kan? haha
0 comments on "Petanda Anda Patut Berhenti Facebook.SERIOUS!!"
Post a Comment