Friday, August 24, 2012

Awas! Jangan Jilat Sampul Surat dan Setem Menggunakan Lidah

0 comments

Awas! Jangan Jilat Sampul Surat dan Setem Menggunakan Lidah

Selain bahana Lidah yang kita tak tahu, Ramai di antara kita yang suka menggunakan kaedah yang mudah iaitu menggunakan lidah untuk melekatkan setem dan untuk melekatkan sampul surat.. Tapi tahukah anda sebenarnya pebuatan ini boleh memudaratkan kepada kesihatan anda satu hari nanti.

Buktinya, ada seorang wanita yang bekerja di pejabat pos di California tidak menggunakan span untuk melekat sampul surat tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Selang beberapa jam, perempuan itu mendapati terdapat luka kecil pada lidahnya. Apabila luka itu makin lama makin membengkak, wanita tersebut terus mendapatkan rawatan di klinik. Tapi malangnya doktor tersebut hanya menganggap bahawa ia hanyalah luka kecil dan bengkak biasa.

Walaupun tidak merasa sakit, perempuan itu mendapati luka di lidahnya semakin membengkak dan membesar. Akibat kerisauan, wanita tersebut terus berjumpa doktor dan memaksa doktor itu memeriksa dengan lebih teliti di bahagian lidahnya. Doktor menyuruh perempuan itu menjalani ujian X-ray dan hasilnya doktor itu mendapati terdapat satu benjolan pada lidah perempuan itu.

Akibat benjolan itu, doktor mengarahkan perempuan itu untuk menjalankan pembedahan kecil pada lidahnye. Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah perempuan itu. Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya tempoh hari dan telur itu mampu menetas di dalam lidah dan kelembapan di dalam mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.

Andy Humes menjelaskan :

“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”

“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”

“Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat pelekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”

“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat. Saya tidak pernah faham mengapa.

“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”



P/s : lihat? bagaimana hanya dengan kelekaan kita, satu musibah boleh menimpa kita.. jadi berwaspadalah ketika melakukan sesuatu perkara..

Thursday, August 23, 2012

Satu Hari Di Dalam Kelas

0 comments

Satu Hari Di Dalam Kelas



Nak dijadikan cerita.. satu hari di dalam kelas agama terjadilah peristiwa ini.. cerita bermula dengan seorang budak bernama Aminah, seorang pelajar yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian di dalam kelas.

Pada suatu hari ketika dalam kelas agama, Ustazah ada buat sesi soal jawab dan bertanyakan beberapa soalan kepada pelajarnya.. Ustazah pun bertanya..

“Siapa orang yang patut kita hormati dan sayangi?”.

Takde siapa jawab. Selang beberapa minit, ada seorang pelajar lelaki yang agak nakal telah mencucuk bontot Aminah dengan jarum yang ketika sedang tidur, dan akibat terperanjat ..Aminah pun menjerit “MAK!!”

Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betul.

Aminah sambung tidur balik.

Ustazah tanya lagi soalan.

“Siapa pencipta alam dan segalanya?”

Budak lelaki di belakang Aminah tu cocok lagi dengan jarum, Aminah pun menjerit “YA ALLAH!!”

Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betul.

Aminah sambung tidur balik.

Pastu ustazah pun tanya lagi soalan.

“Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?”

Budak lelaki tu cocok lagi.

Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata “Kau cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap!!”

Ustazah tu terus pengsan..

P/s: hahaha, moral of the story, jangan tidur dalam kelas :p

Sebab Utama Browser Internet Explorer Menjadi Lambat!

0 comments

Sebab Utama Browser Internet Explorer Menjadi Lambat!



Kalau diikutkan 5 tahun lepas boleh dikatakan zaman kegemilangan browser Internet Explorer ni, hampir semua orang pengguna Microsoft yang online di komputer menggunakan browser ini.

Tapi sejak 2,3 tahun kebelakangan ini, penggunaan Internet Explorer di katakan merosot dan merundum begitu jauh sekali, pengguna lebih minat untuk menggunakan browser alternatif yang lain seperti Mozilla Firefox dan Google Chrome yang dikatakan lebih laju dan ringan berbanding Internet Explorer.

Antara sebab Internet Browser ini lembab adalah kerana..
tengok gambar di bawah..













haa.. sebab ni la, asik kena belasah je, tu yang jadi lambat..
p/s: hahha, hanya lawak semata-mata.. ekekeke peace yo ^^v

Beza Gf dengan BFF

0 comments

Beza Gf dengan BFF

Nilai bezanya antara kawan sejati dan buah hati.
Tentang Buah Hati:
BF : Sayang , moto i rosak kt tepi jalan ni.
GF : Yeke? Then how ? U jage diri elok2 k, ade pape kol tau.

Tentang Sahabat:
BF : Bro, moto aku wat hal plak dah.
BFF : Asal bro? Ko katne? Aku gi sane skrang.

******************************************************************************

Tentang Buah Hati:
BF: Sayang! Tolong I! I kena rompak!!! Sekarang I tengah sembunyi dari perompak2 tu!
GF: Yeke!! AH! Jaga diri U ye ! Tak pon nk I bawa kwn I selamat kan U ni! aduh! Pening!
BF: ...................... :I

Tentang Sahabat:
BF: Brader!! Tolong aku! Aku kena rompak ngan along! Dia kata aku tak bayar hutang dia, padahal aku tak pernah hutang ngan dia pun!Aku tengah sembunyi dari along2 tu....!
BFF: Yarabbi! Wokeh! Aku pergi sana ngan kawan2 yg hebat ngan aku selamat kan ko~!

Thats it. So, sebaik manapun buah hati korang, tak guna korang sisihkan sahabat korang.. :)

Taman Tema Angry Bird Yang Sebenar

0 comments

Taman Tema Angry Bird Yang Sebenar

 Rasanya permainan Angry Bird ni tidak perlu diperkenalkan lagi, rasanya semua tahu. Dari anak kecil hingga orang dewasa rasanya semua tahu akan permainan ini, memang sangat terkenal!

Sejak diperkenalkan pada tahun 2009, permainan ini telah dimuat turun lebih kurang 700 juta kali. Banyak bukan? Oleh kerana permainan ini dimainkan ramai orang di seluruh dunia, pihak Rovio iaitu pembangun permainan Angry Bird ini telah membuka Taman Tema Angry Bird yang sebenar di Tampere, Finland. Jom tengok gambar taman tema ini..Dipetik dari Xinhua...

Taman Tema Angry Bird Yang Sebenar
Taman Tema Angry Bird Yang Sebenar
Taman Tema Angry Bird Yang Sebenar
Taman Tema Angry Bird Yang Sebenar
Taman Tema Angry Bird Yang Sebenar
Taman Tema Angry Bird Yang Sebenar
Taman Tema Angry Bird Yang Sebenar
Taman Tema Angry Bird Yang Sebenar
Taman Tema Angry Bird Yang Sebenar

Memang kreatif dan menarik.Dikatakan jika taman tema ini mendapat sambutan hangat, pihak pembangun permainan ini iaitu ROVIO bercadang membuka lebih banyak taman tema di seluruh dunia.. 

P/S:Macam best je ye.... Aq pun nk gi....

Wednesday, August 22, 2012

Rahsia Peter Answer Terbongkar

0 comments

Rahsia Peter Answer Terbongkar




Mungkin ramai yang selalu ke laman web peter answer untuk bertanyakan sesuatu..Kononya laman web ini selalu menjawab dengan betul dan tepat. Dikatakan Peter sangat berpengetahuan tinggi untuk menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan.

Haa, sejauh mana kebenarannya? admin pun toraii lah.. hahah, di bawah ni antara pertanyaan admin kepada peter! jawapan peter di dalam kotak kuning tu yee..


Password WIFI

0 comments

here: » Password WIFI Kedai Mamak

Password WIFI Kedai Mamak


Suatu hari di kedai mamak, seorang lelaki bertanya kepada seorang mamak yang bekerja di situ..

Password WIFI Kedai Mamak

Hasrul : dey mamak apa password WIFI kt sini?
Mamak : apa WIFI??
Hasrul : ini kedai punya internet la..
Mamak : Ooo..itu mcm kalu, password dia tujupakale jugak
Hasrul : hah??
Mamak : “tujupakale..!”
Hasrul : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awk tnya passwordkan..tujupakale la..
Hasrul : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya..tujupakale

Hasrul pun menaip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)

Hasrul : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tujupakale la…sudah tnya byk kali jugak..aiyoo!!
Hasrul : kau bg salah la, tu yg aku tnya balik
Mamak : mana ada slah..tujupakale
Hasrul : x boleh la dey!!
Mamak : boleh la…
Hasrul : ko dtg sini tgk aku taip..(mamak tu pun dtg) kalo x boleh kepala ko aku tuju!
Mamak : aiyoo abg jgn marah la..awk satu kali saya tengok (Hasrul pun taip)
Hasrul : ko tgk aku taip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E… tgk,mana dapat!!
Mamak : dey, abg mari sini saya taip..awk kasi tekan salah butang jugak..
Hasrul : eh, ye ke…kau tekan la
Mamak : ini mcm tekan la 7777
Hasrul : “ini TUJUH EMPAT KALI..!!”
Mamak : betul la saya cakap tujupakale..
Hasrul : %@$#@%#!!!!….

Cara Kejutkan Org Bangun

0 comments

Cara Kejutkan Orang Bangun 

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..
1. Pegang tangan org tu n panggil nama dia perlahan lahan..
2. Sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia…
3. Renjis air kat muka dia…sambil panggil nama dia…
4. Tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia…
5. Tutup kipas/air cond  

Tapi kalau tak ada respon....
1. Jerit nama dia kuat kuat…
2. Gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi…kalau boleh air rendam baju dalam korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. Jerit api! api! api!
 
 Still tak ada respon gak....
1. Pergi kat telinga dia…then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali…
2. Pergi kat dia, baca je surah yaa sin!
3.Jerit ala-ala gajah ke...Gorrila ke....Jgn kesah apa jiran nk kutuk tapi jgn  kuat sgt sampai nk dengar satu tmn

Tapi kalau still tak ada effect gak…ni je la cara terakhir....
1. Panggil je orang masjid/surau untuk uruskan…kerana tuhan lebih menyayanginya...

Iklan Anti Rokok Terbaik di Dunia

0 comments

Iklan Anti Merokok Terbaik Di Dunia


Ini merupakan antara iklan anti merokok yang dihasilkan di negara Thailand, dikatakan video ini telah mendapat pujian dari orang ramai dah ada juga yang menyebut bahawa ini adalah iklan anti merokok terbaik di dunia.


Iklan ini mengisahkan, pada mulanya terdapat beberapa orang dewasa yang merokok dengan penuh kenikmatan di tempat awam. Mereka tidak sedar yang gambarnya telah dirakamkan oleh kamera tersembunyi.


Tiba-tiba datang seorang budak kecil yang mahu meminjam mancis atas lighter kerana mahu merokok juga.. jadi apa agaknya reaksi perokok dewasa tersebut? Mari lihat videonya di bawah..


Dah tengok?haa, nampak kan?setelah perokok dewasa itu membaca kertas yang diberi budak itu, rata-rata semua perokok itu seperti terdiam, terkejut, raut wajah mereka juga berbeza bukan? dan ada juga yang menggaru kepala dan memasukkan kertas itu ke dalam poket seluar.


P/s: Memang satu iklan yang sarat dengan mesej yang jelas, memang patut diberikan pujian terutama kepada Yayasan Promosi Kesihatan Thailand atas iklan ini..

Soal Jawab

0 comments

Soal Jawab Guru dan Sin Chan



Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, “Sekolah di hadapan, jalan pelahan.”

Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan “BUAYA”?
Sin Chan: “B-O-O-W-A-Y- A”
Guru: Bukan, Salah tu.
Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !

Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: “HIJKLMNO”!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!

Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10 tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!

Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang di sebabkan oleh gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigit serangga.

Guru: “Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?”
Sin Chan: “Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama, pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama.”

Guru: Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .


Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.

Guru: Sin Chan, Karangan awak “Anjing saya” adalah sama seperti yang dikarang oleh Adik awak. Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu, ia hanya lah anjing yang sama!

Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!

hahahahaha… pening kalau dapat anak murid mcm ni..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Baby Kasandra © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men