Wednesday, August 22, 2012

Iklan Anti Rokok Terbaik di Dunia



Iklan Anti Merokok Terbaik Di Dunia


Ini merupakan antara iklan anti merokok yang dihasilkan di negara Thailand, dikatakan video ini telah mendapat pujian dari orang ramai dah ada juga yang menyebut bahawa ini adalah iklan anti merokok terbaik di dunia.


Iklan ini mengisahkan, pada mulanya terdapat beberapa orang dewasa yang merokok dengan penuh kenikmatan di tempat awam. Mereka tidak sedar yang gambarnya telah dirakamkan oleh kamera tersembunyi.


Tiba-tiba datang seorang budak kecil yang mahu meminjam mancis atas lighter kerana mahu merokok juga.. jadi apa agaknya reaksi perokok dewasa tersebut? Mari lihat videonya di bawah..


Dah tengok?haa, nampak kan?setelah perokok dewasa itu membaca kertas yang diberi budak itu, rata-rata semua perokok itu seperti terdiam, terkejut, raut wajah mereka juga berbeza bukan? dan ada juga yang menggaru kepala dan memasukkan kertas itu ke dalam poket seluar.


P/s: Memang satu iklan yang sarat dengan mesej yang jelas, memang patut diberikan pujian terutama kepada Yayasan Promosi Kesihatan Thailand atas iklan ini..

0 comments on "Iklan Anti Rokok Terbaik di Dunia"

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Baby Kasandra © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men